Desa Alamanda Muadzam Shah merupakan sebuah perumahan baru. Dibuka pada tahun 2015. Terdapat 16 unit rumah teres berkembar. Kejiranan kebanyakkannya adalah Guru Sekolah. Kawasan perumahan yang tak terlalu padat sangat sesuai untuk menetap bersama keluarga. Nak-nak kalau ada anak-anak kecil yang sangat suka bermain.
Kawasan yang sangat menenangkan, sesuai untuk aktiviti jogging. Menikmati pemandangan flora dan fauna semulajadi. Mengagumi kebesaran Allah S.W.T secara percuma. Disebab kawasan yang tak terlalu padat, suasana yang tenang itu sangat boleh dirasai. Bunyi-bunyi kenderaan yang sudah menjadi musik hidup dikota raya juga tidak kedengaran disini.
Lokasi Desa Alamanda Muadzam Shah terletak betul-betul dalam kawasan Muadzam Shah. Hanya mengambil beberapa minit untuk bergerak di lokasi sekitar. Memandangkan Muadzam Shah sendiri bukanlah sebuah bandar yang pesat, dimana-mana pun anda akan melihat kehijauan. Mungkin beberapa tahun akan datang Muadzam Shah sudah membangun pesat? Siapa tahukan? Jumlah penduduk di Muadzam Shah juga semakin bertambah dari hari-ke hari. Muadzam Shah juga terletak diantara Kuantan-Segamat. Berhampiran juga dengan Negeri Sembilan. Kedudukan yang strategik membolehkan Muadzam Shah berkembang dan lebih kompetitif kelak.
Homestay Alamanda Muadzam Shah.
016-9882887
No comments:
Post a Comment