Wednesday, May 24, 2017

Homestay Muadzam Shah


Masih terdapat kekosongan di Homestay Alamanda Muadzam Shah untuk minggu ini. Juga banyak lagi kekosongan pada tarikh lain.

Sekiranya anda tercari homestay di muadzam shah, bolehlah cuba menginap disini. Cadar, selimut, sarung bantal sentiasa baru, bersih dan wangi. Laman rumah yang kemas, selamat dan selesa. Lebih istimewa sebab tak sesak. Memang sangat privacy.

Sangai sesuai untuk penginapan keluarga, friends gathering, atau apa sahaja.

Jom Booking atau check in segera sekarang ! ^_^

Rumah luas dan selesa.
Semua bilik aircond ^_^
Harga sangat berpatutan
Check in : 2.00pm, check out 12.00pm
Deposit hanya rm50/malam

Hubungi :
SMS/WS/CALL : 016-9882887

Saturday, May 20, 2017

Ramadan Di Homestay Alamanda Muadzam Shah


Cuma tinggal seminggu, kita akan menyambut bulan puasa...
Bulan yang penuh barakah, dan rugi kalau tak dimanfaatkan dengan melakukan perkara baik..
Jai pihak kami ingin mengucapkan..

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK.

Kepada ibu bapa yang nak menziarah anak-anak di IPT disini untuk berbuka puasa bersama bolehlah cuba untuk menginap di Homestay Alamanda Muadzam Shah ini.

Pasti Selesa !!

WS/SMS/CALL :016-9882887 (Cik Atirah)
Untuk booking serta pertanyaan.
Kedatangan anda sangatlah kami alu-alukan.

Friday, May 19, 2017

Upcoming Project


Kami dalam proses mengumpul dana..
Untuk menyediakan kemudahan BBQ kepada para tetamu...
Bila berkumpul keluarga, memang best buat acara BBQ...
Sambil menginap di Homestay sambil bakar-bakar BBQ...
Memang syok habis !

Homestay Alamanda Muadzam Shah ni ada laman yang luas..
Jadi sesuai kalau nak tambah fasiliti BBQ..
Tapi para tetamu kenalah bagi kerjasa untuk jaga kebersihan..
Barulah win-win situation..
Anda gembira, kami pon bahagia...
Orang berbudi, kita berbahasa..
Tak gitu?

Tapi ini masih dalam perancangan...
Kena tengok sambutan orang ramai macam mana...
Kami cuba untuk menambah kemudahan dari bulan ke bulan untuk para tetamu kami....
Jadi.. jangan segan silu tauu untuk pilih homestay kami...
Kami niaga betul-betul, ikhlas..

Kebersihan kami jaga, kemudahan kami baik pulih..
Budi bahasa inshaallah, kata yang baik-baik..
Ushhh tak sabar - nak beli set BBQ...! Hahahhaha...
Apa kata anda? Tengok bajet dulu lah...
Projek akan datang ! BBQ..

Sekiranya anda berminat untuk menginap di\
Homestay Alamanda Muadzam Shah..
Boleh hubungi SMS/WS/CALL 016-9882887
sekarang..

Saturday, May 13, 2017

Mesin Rumput Homestay Alamanda


Alkisah maka di suatu petang, turunlah kami memesin rumput homestay. Nyuroh orang 2-3 hari dok sampey-sampey. Sudohnye mesin lah rumpot sendiri. Ayoh kawan yang tok berape sihat ni mesin sendiri. Tegang urat wehh..  Huhuhu.. Agi hidup agi ngelaban!!

Selain menjaga kecantikan dalaman homestay, kami juga tak lupa mengenai luaran homestay. Kebun mini kami yang di indahkan dengan serai wangi, kunyit hidup, serta pokok cili api. Berbudi kepada tanah tak rugi daripada dibiarkan lapang tak berisi.

Sakit mata tengok rumput panjang, rasa macam merenyam aje tangan nak tarik-tarik. Nasiblah ada mesin rumput ajaib ini. Rumput homestay ini akan dipotong 2 minggu sekali. Untuk memastikan kekemasan homestay kami. Kata orang dari mata turun ke hati?

Lagikan luar rumah pon kami jaga, inikan pula dalaman. Memandangkan esok ada orang check out, kita kena pergi bersihkan mop, lap, cabut semua cadar, tukar cadar baru yang bersih dan wangi, baruh lantai luar untuk guest seterusnya.

Jadi sesiapa yang berminat, dan mencari homestay yang bersih dan wangi ! Jomlah stay sini..

Nak Booking just call/sms/ws ke :

016-9882887 ( Cik Atirah)

Happy Customer


Terima Kasih kepada tetamu-tetamu yang sudi memilih Homestay Alamanda Muadzam Shah sebagai tempat penginapan sepanjang keberadaan di Muadzam Shah.

Di atas merupakan komen salah seorang tetamu yang pernah menginap di Homestay Alamanda, Pn Wan Aniza sekeluarga. Setinggi ucapan terima kasih atas feeback yang diberikan. Segala kekurangan akan cuba kami baik pulih, dan kami berbesar hati menerima kunjungan puan sekeluarga di masa akan datang.

Pn Wan Aniza sudah menginap disini, anda pula bagaimana?

Kami mengalu-alukan kedatangan anda kesini.

Sekiranya anda berminat untuk menginap di sini,
Boleh menghubungi talian
WS/SMS/CALL : 016-9882887 (Cik Atirah)
Homestay Alamanda Muadzam Shah.

Friday, May 12, 2017

Desa Alamanda, Muadzam Shah


Desa Alamanda Muadzam Shah merupakan sebuah perumahan baru. Dibuka pada tahun 2015. Terdapat 16 unit rumah teres berkembar. Kejiranan kebanyakkannya adalah Guru Sekolah. Kawasan perumahan yang tak terlalu padat sangat sesuai untuk menetap bersama keluarga. Nak-nak kalau ada anak-anak kecil yang sangat suka bermain.

Kawasan yang sangat menenangkan, sesuai untuk aktiviti jogging. Menikmati pemandangan flora dan fauna semulajadi. Mengagumi kebesaran Allah S.W.T secara percuma. Disebab kawasan yang tak terlalu padat, suasana yang tenang itu sangat boleh dirasai. Bunyi-bunyi kenderaan yang sudah menjadi musik hidup dikota raya juga tidak kedengaran disini.

Lokasi Desa Alamanda Muadzam Shah terletak betul-betul dalam kawasan Muadzam Shah. Hanya mengambil beberapa minit untuk bergerak di lokasi sekitar. Memandangkan Muadzam Shah sendiri bukanlah sebuah bandar yang pesat, dimana-mana pun anda akan melihat kehijauan. Mungkin beberapa tahun akan datang Muadzam Shah sudah membangun pesat? Siapa tahukan? Jumlah penduduk di Muadzam Shah juga semakin bertambah dari hari-ke hari. Muadzam Shah juga terletak diantara Kuantan-Segamat. Berhampiran juga dengan Negeri Sembilan. Kedudukan yang strategik membolehkan Muadzam Shah berkembang dan lebih kompetitif kelak.

Homestay Alamanda Muadzam Shah.
016-9882887

Promosi Ramadhan Kini Dibuka!


Tak seberapa lama lagi, kita bakal menyambut bulan Ramadhan. Bulan penuh barakah.

Bersempena dengan Bulan Ramadhan, Homestay Alamanda Muadzam Shah menawarkan satu pakej istimewa seperti yang tertera di dalam gambar di atas.

Walau bagaimanapun pakej biasa masih juga ditawarkan. Boleh pilih nak pakej biasa ke pakej Ramadhan. Ikut keperluan anda.

Kalau pakej biasa harga macam biasalah :
  • ISNIN - KHAMIS : RM200/Malam
  • JUMAAT SABTU AHAD : RM 220/Malam (Free Toto tambahan + selimut)

Manakala PAKEJ ISTIMEWA RAMADHAN :
  • ISNIN - AHAD : RM 170/malam

Jadi, jom booking homestay alamanda muadzam shah sekarang. Pilih pakej yang anda nak ! 
Tawaran ini sah sehingga 22/6/2017 !!

SMS/WS/CALL : 016-9882887

Mana Homestay yang Bagus Di Muadzam Shah?


Assalamualaikum pengunjung yang dikasihi sekalian !

Masih mencari atau memilih homestay di Muadzam Shah ke? Apa kata cuba menginap di Homestay Alamanda Muadzam Shah.

Sudah lebih daripada 50 Tetamu yang sudah menginap dan rata-ratanya berpuas hati dan ada yang repeat stay disini. Terima Kasih.

Apa yang menarik disini
  1. Kawasan yang tak sesak.
  2. Sejuk dan nyaman.
  3. Sunyi dan menenangkan.
  4. Paling utama bersih.
Kawasan yang betul-betul berdekatan dengan Bukit Ridan yang mana aktiviti mendaki Bukit Ridan amat terkenal di kawasan Muadzam Shah.

Tempat riadah/lepak yang best dekat berdekatan ialah Taman Tasik Lipur Kota. Dengan pemandangan tasik yang indah lagi menenangkan sesuai untuk santai keluarga.

Homestay Alamanda Muadzam Shah amat sesuai untuk penginapan keluarga untuk melawat saudara-mara, menghadiri majlis, atau urusan kerja. Kapasiti rumah boleh memuatkan lebih dari 8 orang dewasa. Susunan perabot juga tidak terlalu padat dan tidak membahayakan.

Kami juga mengutamakan kebersihan. Lantai, perabot, cadar, selimut, sarung bantal akan ditukar setiap kali check out. Tak percaya? Waktu check in itu boleh bau sentuh cadar. Kami faham kerana kami meletakkan diri sebagai tetamu.

Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Istimewanya Homestay Alamanda Muadzam Shah adalah perabotnya dari jenis kayu jati. Yakni kalau anda tidur dekat katil memang takkan ada bunyi. Tambahan lagi, jenis tilam pula bukan calang-calang, kalau anda baring, takkan tenggelam atau rasa spring yang menyakitkan badan.

Selain itu yang membezakan homestay kami dengan homestay lain yang ada di Muadzam Shah ialah :
  1. Semua bilik dilengkapi aircond dan kipas syiling.
  2. 3 bilik air.
Memang sangat berbaloi dengan harga yang kami tawarkan. Harga mampu inap.

ISNIN - KHAMIS - RM200/MALAM
JUMAAT SABTU AHAD - RM 220/MALAM
SPECIAL PRICE UNTUK MORE THAN 2 NIGHT!
HARGA ADJUSTABLE BASED ON WANTS AND NEEDS.

Berminat?
SMS/WS/CALL ; 016-9882887 (Cik Atirah) 
Dijamin Puas Hati !

 

Thursday, May 11, 2017

MENARIK DI HOMESTAY ALAMANDA MUADZAM SHAH

Kepada kawan-kawan yang mencari homestay di muadzam shah bolehlah try menginap disini. Keistimewaaan Homestay Alamanda Muadzam Shah ni adalah dari segi luarannya, ada laman hijau yang boleh duduk bersantai sambil makan kacang kat luar, kawasan yang tak bising, kejiranan yang awesome. Rumah ini sendiri dibina cukup ketinggiannya yang mana kalau duduk dalam rumah itu terasa sejuk dan nyaman.

Manakala dari segi dalaman pulak ada 3 bilik yang luas, semua aircond, yang bestnya homestay ini menggunakan material perabot dari jenis kayu jati. Tilam yang bukan calang-calang. Ada ruang dapur untuk memasak. Ruang tamu yang dilengkapi dia kipas syiling serta tv astro. Lagi syok ada 3 bilik air

Homestay ini sangat menitik beratkan kebersihan. Segala CADAR SELIMUT akan DITUKAR walaupun guest hanya duduk sejam dua. Banyak set cadar dan selimut disediakan untuk proses mengemas. Jadi jangan risau SEBAB HOMESTAY INI TAK RECYCLE CADAR SELIMUT SARUNG BANTAL. Seluruh rumah luar dan dalam juga akan dibersihkan setiap kali c.out untuk c.in seterusnya. 

KEBERSIHAN ITU SUDAH MENJADI SATU KEUTAMAAN KEPADA KAMI KERANA KAMI MELETAKKAN DIRI KAMI SEBAGAI GUEST.

Jadi anda pilih yang mana? Focus on pricing ke focus on cleanliness? Bagi saya pilihlah yang berbaloi. Worth for money.

Dan yang pasti harga homestay ini berpatutan dengan kemudahan dan kebersihan yang ditawarkan. Mana nak cari homestay yang masih ada kehijauan dalam laman kan?


Sekiranya berminat bolehlah usha homestay alamanda muadzam shah
Nak BOOKING? Boleh hubungi..
ws/sms/call ; 016-9882887

Kedatangan anda sangat dialu alukan

Wednesday, May 3, 2017

Homestay Alamanda Muadzam Shah


Assalamualaikum hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian...

Tengah cari homestay di Muadzam Shah ke?

Jom booking homestay alamanda muadzam shah !
Dijamin berbaloi dengan apa yang anda bayar - In Shaa Allah..

Homestay Alamanda Muadzam Shah
  • Ada 3 Bilik semua aircond, tak cukup air cond, kipas pun ada.
  • Ada 3 bilik air dengan air yang bersih dan menyegarkan.
  • Ruang tamu yang luas dan tidak sesak, dilengkapi TV dan set kerusi jati..
  • Ruang Dapur yang boleh menyelesaikan masalah lapar dan dahaga.
  • Ruang Makan, sambil duduk sambil bergosip - astagfirullah.. cakap yang baik-baik.. huhu
  • Parking kereta berbumbung.
  • Laman Rumah Bersantai
Antara kemudahan lain ialah
  • Seterika dan iron board.
  • Peti Ais dan Mini Kedai Runcit.
  • Dapur Gas, Periuk, Kuali, Pinggan Mangkuk, Sudu dan adik beradiknya.
  • Kettle
  • Tv dan Astro Njoy.
  • Sabun Mandi.
  • Tuala (2 Helai)
  • Selimut Tambahan.
  • Toto Tambahan. (Atas Permintaan)
  • Bantal Tambahan. (Atas Permintaan)
Pilihlah Homestay Alamanda Muadzam Shah sebagai tempat penginapan anda. Rumah yang sejuk dan selesa.

CALL/SMS/WS - 016-9882887 (Cik Atirah)
Untuk tempahan sekarang ^_^