Sunday, April 30, 2017

Kenapa mesti Homestay Alamanda Muadzam Shah?

Kenapa perlu memilih HOMESTAY ALAMANDA MUADZAM SHAH sebagai tempat penginapan?

Memang soalan ini akan berlegar-legar dalam kepala sepanjang proses untuk membuat pilihan yang mana satu homestay yang patut dipilih supaya berbaloi, selesa dan selamat. Betul atau tidak?  Kalau saya sebagai pelanggan, sudah pasti saya akan melalui hal yang sama.

Apa yang membezakan homestay kami dengan yang lain dan anda perlu memilih Homestay Alamanda Muadzam Shah kerana
  • Untuk keselesaan para tetamu, kami menyediakan kemudahan seperti katil, almari, set kerusi dan coffee table yang diperbuat dari kayu jati yang berkualiti tinggi. Kualiti kayu jati memang tak boleh dipertikaikan lagi jika nak dibandingkan dengan adik beradik kayu yang lain. Ketahanan yang kuat, cantik paras rupa membangkitkan nilai keselesaan yang tinggi. Bila tidur atas katil maka tiadalah bunyi-bunyian orchestra tambahan, tidak melengkuk kedalam dan sebagainya. Kelengkapan jati yang terdapat dalam homestay kami melambangkan how executive your life in humble way. Itulah salah satu faktor yang membezakan homestay alamanda muadzam shah dengan homestay yang lain.  
  • Tilam yang tebal dan berkualiti. Tilam yang kami guna di homestay alamanda muadzam shah bukan setakat tangkap muat asal boleh. Kami memilih tilam yang selesa untuk badan, tidak spring, tidak mudah penyet, dan paling penting tidak menyakitkan badan apabila tidur. Tilam merupakan salah satu faktor penting yang perlu diambil kira kerana tujuan utama tetamu menginap adalah untuk tidur. Dan tidur yang baik dan cukup menjamin kecergasan tubuh badan.
  • Kemudahan Air-Cond Yang Sejuk di semua bilik.  Kami menyediakan penyaman udara di setiap bilik. Tak perlu bergaduh bertomoi atau bertumbuk semata-mata nak chop bilik aircond. Tak cukup dengan aircond, ada juga kipas disetiap bilik. Dijamin anda takkan kepanasan sepanjang menginap disini.
  • Kemudahan 3 bilik air serta sabun mandi. Faktor ini juga membezakan homestay kami dengan homestay yang lain. Terdapat 2 bilik air di dalam bilik. Dan 1 lagi bilik air terletak berhampiran dapur dan ruang tamu. Tak perlu tunggu turn, berperang sakan semata nak mandi sebab semua bilik air boleh digunakan untuk semuanya.
  • Kemudahan bantal yang banyak ! Yes... Bantal pon salah satu keperluan yang penting sepanjang kita menginap di sesebuah homestay. Rumah besar tapi bantal cukup-cukup macam mana nak tidur kan? Jadi.. Homestay Alamanda Muadzam Shah dapat membantu anda mengatasi hal ini ! Bantal memang sehabis cukup dan berlebih-lebih dari kapasiti. Jadi jangan risau untuk memilih homestay kami kerana pasti berbaloi dengan harga yang anda bayar.
  • Kawasan rumah yang luas, nyaman dan selesa. Homestay kami merupakan perumahan berkembar. Kedudukan rumah tidak terlalu padat. Masih ada laman hijau yang boleh anda duduk-duduk tenangkan fikiran. Kawasan rumah juga sunyi dan tidak sesak.
  • Bersih, wangi dan selamat. Setiap kali tetamu check-out, cadar selimut dan sebagainya akan dibasuh. Kami sangat menitik berat soal kebersihan. Kami mempunyai 9 set cadar dan selimut untuk ditukar ganti setiap kali tetamu check-out. Seluruh rumah juga akan dibersihkan walaupun tetamu hanya duduk 1 hari. Kami berkhidmat dengan kejujuran. Manusia tak nampak tapi Tuhan nampak.

Jadi, inilah antara sebab kenapa anda perlu memilih homestay alamanda muadzam shah sebagai tempat penginapan anda. Harga yang berbaloi-baloi dengan apa yang bakal anda dapat. Apa ada dengan harga kalau tak selesa. Jadi lebih bijak k?

Sekiranya anda berminat untuk menginap disini, bolehlah booking segera !

CALL/SMS/WS : 016-9882887 (Cik Atirah)

Urusan sangat mudah..
Kedatangan anda teramatlah kami alu-alukan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment