Sunday, June 12, 2016

Ruang Dapur Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang tengah survey pasal homestay sekitar Muadzam Shah. Tak kisahlah in term of pricing, location, facilities, or best offer. Selamat datang ke blog Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah ! 

Kali ini, kami ingin berkongsi tentang Ruang Dapur yang terdapat di Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah. Terbaru ! Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah kini dilengkapi dengan kemudahan dapur memasak 1 burner. Turut disediakan dengan periuk serta kuali. Perkakas seperti senduk, sudip, sudu, garfu, pinggan, mangkuk, jag, kole besi, dan gelas juga ada.

Selain itu ruang dapur Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah juga menyediakan kemudahan Peti Ais yang bersaiz sederhana yang membolehkan anda menyimpan atau menyejukkan bekalan makanan anda. Pemanas Air (Kettle) juga terdapat disini. Kami menyediakan set minuman 3 in 1 secara percuma kepada penginap yang bermalam disini. Bolehlah minum-minum sesambil berbual bersama keluarga (^_^)"


Kelengkapan Ruang Dapur Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah .
  1. Dapur Memasak Satu Burner
  2. Periuk dan Kuali
  3. Senduk, Sudip
  4. Sudu, garfu
  5. Pinggan, Mangkuk
  6. Jag, Kole Besi, Gelas
  7. Peti Ais
  8. Pemanas Ais
  9. Minuman 3 in 1 
Diharapkan segala kemudahan yang disediakan dapat digunakan secara berhemat. Jujur dan Amanah itu penting, tanda iman seseorang. (^_^)  


Kerjasama daripada pihak anda sangatlah kami hargai.

Dan sekiranya tuan/puan berminat atau mahukan maklumat lebih lanjut/booking boleh menghubungi 016-9882887 (Atirah).

Friday, June 10, 2016

Cara Check-In Dan Check Out di Rumah Penginapan Alamanda


Assalamualaikum kepada pengunjung yang dihormati  ヽ(•‿•)ノ.

Hari ini saya ingin menerangkan tentang kaedah "Check In" serta "Check Out" di Rumah Penginapan kami. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih kami sebagai tempat penginapan anda ketika keberadaan di Muadzam Shah. 

Ingin dimaklumkan bahawa waktu Check In adalah pada jam 2 petang. Manakala waktu Check Out adalah sebelum jam 12 tengah hari(ʘ‿ʘ) Sekiranya Tuan/puan ingin check-in awal atau check-out lewat bolehlah minta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak kami. Ianya bergantung kepada jadual kami.
Ketika Check In, kami akan menyerah kunci dan baki pembayaran hendaklah disediakan. Payment immediately upon check in. We will provide you a official receipt. (^_^)


Ketika Check Out, tuan/puan hendaklah memaklumkan kepada pihak kami waktu yang ingin tuan/puan keluar (sebelum jam 12). Hal ini membolehkan pihak kami untuk datang ke rumah penginapan bagi mengambil kembali kunci serta membuat semakan.


Jangan risau Tuan/Puan, urusannya sangat mudah sekiranya kita sama-sama jujur. In sha Allah (^_^)


Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan sangatlah kami hargai.


Sekian, Terima Kasih.


Call/SMS/Whatsapp : 016-9882887 (Atirah)


Homestay Alamanda Muadzam Shah / Homestay Muadzam Shah / Rumah Penginapan Harian Muadzam Shah/ Muadzam Shah/ Politeknik Muadzam Shah / Uniten Muadzam Shah/ MRSM Muadzam Shah / Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah / Rumah Penginapan Harian Alamanda Muadzam Shah

Monday, June 6, 2016

Ruang Tamu Di Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah


Ini merupakan Ruang Tamu ringkas di Rumah Penginapan kami. Ianya amat sesuai untuk dijadikan tempat berkumpul untuk menghadiri majlis kenduri, majlis pertunang, kemasukkan ke uniten muadzam/politeknik muadzam/ mrsm. Ruang tamu ini di lengkapi dengan 2 kipas untuk keselesaan para tetamu.



Terbaru ! Rumah Penginapan kami kini dilengkapi dengan tv. Haa..  Bolehlah beristirahat menonton tv sepanjang penginapan di sini. Tak adalah bosan sangat. Yedop? Hahaha.

Jika berminat untuk booking boleh menghubungi 016-9882887 (Atirah), nama penuh, nombor IC serta deposit diperlukan untuk booking confirmation.

Jangan risau, kami trusted seller. Feel free to accept reservations from you. First come first serve basis ^_^

Saturday, June 4, 2016

Ruang Kediaman Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah

Ini merupakan beberapa gambar ruang kediaman Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah yang dijamin selamat untuk dijadikan pilihan sebagai rumah singgah anda.Rumah Penginapan ini merupakan unit perumahan berkembar yang terletak di Desa Alamanda berdekatan dengan Pinggir Pelangi. Desa Alamanda sendiri merupakan sebuah perumahan baru di Muadzam Shah.

Menjaga kebersihan didalam serta luar Rumah Penginapan menjadi keutamaan kami untuk memastikan faktor keselamatan serta keselesaan pengguna atau tetamu di Rumah Penginapan kami.  Pihak kami turut berharap agar para tetamu dapat memberi kerjasama yakni menjaga kebersihan serta tidak merosakkan fasiliti sepanjang penginapan.

Seperti Sabda Rasullullah, Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.


Sekiranya tuan/puan berminat atau  ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan dengan homestay/lokasi/booking, anda boleh call/sms/whatsapp ke nombor  016-9882887 (Atirah).

Thursday, June 2, 2016

FB : Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah


Carian mengenai Rumah Penginapan alamanda muadzam shah juga boleh didapati menerusi facebook seperti berikut. Hanya taip HOMESTAY ALAMANDA MUADZAM SHAH. Segala feedback mengenai Rumah Penginapan kami boleh disertakan disitu. Feedback dari tetamu amat diperlukan untuk membaikpulih perkhidmatan kami.

Click Disini untuk ke page fb :  https://www.facebook.com/homestayalamandamuadzamshah

Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah amat sesuai untuk penginapan keluarga kerana mempunya 3 bilik yang boleh memuatkan 5-6 atau lebih orang dalam satu masa. Extra 1 Bantal disediakan. Selain itu, sabun mandian juga disediakan disetiap bilik mandi. Disamping cadar serta selimut yang bersih untuk keselesaan pelanggan kami. Segala baik pulih akan dilaksanakan terhadap komen/feedback pelanggan kami.

Jika berminat, untukpertanyaan/ booking boleh menghubungi 016-9882887 (Atirah), nama penuh, nombor IC serta deposit diperlukan untuk booking confirmation.

Waze Rumah Penginapan Alamanda Muadzam Shah

Untuk lebih mudah mencari lokasi Homestay Alamanda Muadzam Shah, anda boleh menggunakan applikasi waze. Taip "Homestay Alamanda Muadzam Shah" dan ikut arah tuju yang diberikan. Pastikan ianya berada di lokasi Muadzam Shah Pahang. Selamat Datang ke Rumah Penginapan kami ! 

  

Berikut merupakan contoh paparan waze di telefon bimbit. Semoga dengan adanya arah tuju dari applikasi waze, dapat memudahkan pelanggan kami untuk mencari Rumah Penginapan alamanda ini. Insha-Allah.
Pasti tak sesatttt.. hahahaha..

Sekiranya ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Rumah Penginapan/lokasi/booking, anda boleh call/sms/whatsapp ke nombor  016-9882887 (Atirah).

Menggunakan applikasi whatsapp sangat dialu-alukan, selain call. ^_^ 



Homestay Muadzam Shah, Homestay Alamanda, Politeknik Muadzam Shah, Uniten Muadzam Shah, Kolej Vokasional Muadzam Shah, Mrsm Muadzam Shah, SMKMS

Wednesday, June 1, 2016

Rumah Penginapan MUADZAM SHAH (ALAMANDA)




Lokasi Homestay Alamanda Muadzam Shah mengikut google maps.

Sekiranya tuan/puan berminat atau mahukan maklumat lebih lanjut/alamat penuh boleh menghubungi 016-9882887 (Atirah).

Jemput menginap di Rumah Penginapan kami ^^